Laman

Senin, 27 September 2010

Talbisul Iblis Ibnu Jauzi Al Baghdady

Perihal Perintah Menetapkan Diri Pada Sunnah Dan Jamaah
Telah memberitahuku Hibatullah bin Muhammad, katanya telah memberitahuku Al-Hasan bin Ali At-Taimi, katanya telah memberitahuku Ahmad bin Ja’far bin Hamdan, katanya telah memberitahuku Abdullah bin Ahmad, katanya telah memberitahuku Ubay, daripada Ibnu Ishak, katanya telah memberitahuku Ibnul Mubarak, katanya telah memberitahuku Muhammad bin Sauqah, daripada Abdullah bin Dinar, daripada Ibnu Umar, bahwasanya Umar bin Al-Khattab r.a. pernah berpidato di Jabiyah, katanya: Telah berdiri Rasullulah s.a.w. di hadapan kita seraya berkata:

Barangsiapa di antara kamu yang mengingini kebahagiaan syurga, hendaklah dia melazimkan diri dalam jamaah, kerana syaitan selalunya suka dengan orang perseorangan, dan selalu menjauhkan diri dari kumpulan orang berdua ke atas!
Telah memberitahuku Ahmad, dan berbicara kepadaku Jarir daripada Abdul Malik bin Umair, daripada Jabir bin Samurah, katanya: Sekali peristiwa Umar r.a. berpidato di hadapan orang ramai di Jabiyah, lalu berkata: Bahwasanya Rasulullah s.a.w. pernah berdiri di tempat aku berdiri ini, seraya berkata:
Sesiapa di antara kamu yang inginkan kebahagiaan syurga, maka hendaklah dia melazimkan diri dalam jamaah! Sebab syaitan suka dengan orang perseorangan, dan dia berjauhan dengan orang berdua.
Berkata Termidzi: Hadis ini baik dan sahih.
Telah memberitahuku Abdul Wahhab bin Al-Mubarak Al-Hafiz, dan Yahya bin Ali Al-Madini, telah memberitahuku Abu Muhammad Ash-Sharifini, telah memberitahuku Abu Bakar Muhammad bin Al-Hasan bin Abdan, telah memberitahuku Abu Muhammad bin Sha’id, telah memberitahuku Said bin Yahya Al-Umawi, telah memberitahuku Abu Bakar bin Aiyasy, daripada Ashim bin Abun Nujud, daripada Zir, daripada Umar bin Al-Khattab, katanya: Telah berkata Rasulullah s.a.w.:
Barangsiapa yang mahukan kebahagiaan syurga, hendaklah dia melazimkan diri dalam jamaah, kerana sesungguhnya syaitan sentiasa bersama orang yang sendirian, dan menjauhkan diri dari yang duduk dua orang.
Telah berbicara kepadaku Abdul Awal bin Isa, katanya tclah berbicara kepadaku Abul Qashshar bin Yahya, telah berbicara kepadaku Abul Hasan Ali bin Abdul Aziz, telah membcritahuku Ubaid, telah memberitahuku An-Nadhar bin Ismail, daripada Muhammad bin Sauqah, daripada Abdullah bin Dinar, daripada Umar bin Al-Khattab r.a. katanya; telah berkata Rasulullah s.a.w.:
Siapa yang suka hendak tinggal dalam kebahagiaan syurga, hendaklah dia melazimkan jamaah, kerana sesungguhnya syaitan sentiasa mendampingi orang yang keseorangan, dan menjauhkan diri dari orang yang berdua.
Telah memberitahuku Abdul Awal, telah berbicara kepadaku Abu Abdullah Muhammad bin Abdul Aziz Al-Farisi, telah berbicara kepadaku Abdul Rahman bin Abu Syuraih, telah berbicara kepadaku Ibnu Sha’id, telah memberitahuku Ibrahim bin Sa’ad Al-Jauhari, telah memberitahuku Abu Mu’awiyah, daripada Yazid bin Mardanabih, daripada Ziyad bin Ulaqah, daripada Urfujah, katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. berkata:
Tangan (Kuasa) Tuhan beserta jamaah, dan syaitan mendampingi siapa yang menentang jamaah.
Telah memberitahuku Muhammad bin Umar Al-Armawi dan Al-Husain bin Ali Al-Muqri, telah memberitahuku Abdus Sham ad bin Al-Ma’mun, telah memberitahuku Ali bin Umar Ad-Daraquthni, telah berbicara kepadaku Abu Ja’far Ahmad bin Ishak bin Al-Bahlul, telah berbicara kepadaku Ubay, telah berbicara kepadaku Muhammad bin Ya’la, telah berbicara kepadaku Salman Al-Aamiri, daripada As-Syaibani, daripada Ziyad bin Ulaqah, daripada Usamah bin Syarik, katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. berkata:
Tangan (Kuasa) Tuhan pada jamaah, dan apabila salah seorang di antara mereka menyeleweng dari jamaah, maka dia akan disambar oleh syaitan, sebagaimana serigala menyambar kambing.
Telah memberitahuku Ibnul Hushain, telah memberitahuku Ibnul Mudzahhab, telah memberitahuku Ahmad bin Ja’far, telah memberitahuku Abdullah bin Ahmad, telah berbicara kepadaku ayahku, telah memberitahuku Aswad bin Amir, telah berbicara kepadaku Abu Bakar, daripada Ashim, daripada Abu Wa’il, daripada Abdullah, katanya:
Sekali peristiwa Rasulullah s.a.w. telah menggaris satu garisan, kemudian beliau berkata: Inilah jalan Allah yang lurus! Kemudian beliau menggaris lagi di kanannya dan di kirinya, lain berkata lagi: Dan jalan-jalan ini pula, tiada suatu daripadanya, melainkan ada syailan yang menyeru (manusia) kepadanya!
Kemudian beliau membacakan ayat Al-Quran berikut:
Dan inilah jalanKu yang lurus, maka turutlah dia, dan janganlah kamu menuruti jalan-jalan yang selain itu!” Al-An’am: 153
Dan dengan isnad (Hadis) telah berkata Ahmad, telah berbicara kepadaku Rauh, telah berbicara kepadaku Said, daripada Qatadah, katanya telah berbicara kepadaku Al-Alaa’ bin Ziyad, daripada Mu’az bin Jabal r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. telah berkata:
Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang mengganas manusia, persis seperti serigala yang mengganas kambing, dia suka mengambil mangsanya dari kambing yang terpisah atau duduk berjauhan. Dari itu awaslah kamu dari berpecah-belahan, malah hendaklah kamu berjamaah, berkumpul dan mendampingi masjid!
Telah berbicara kepadaku Ahmad, telah berbicara kepadaku Abul Yaman, telah berbicara kepadaku Ibnu Aiyasy, daripada Abul Bahturi bin Ubaid bin Sulaiman, daripada Ubay, daripada Abu Dzar, daripada Nabi s.a.w. bahwasanya beliau telah berkata:
Dua orang lebih baik dari seorang, dan tiga orang lebih baik dari dua, dan empat lebih baik dari tiga, dan sentiasalah kamu menetap dalam jamaah, kerana sesungguhnya Allah azzawajalla tiada mengumpulkan ummatku kecuali dalam petunjuk (hidayat).
Telah memberitahuku Abdul Malik bin Al-Qasim Al-Karukhi, katanya telah memberitahuku Abu Amir Al-Azdi dan Abu Bakar Al-Aruji, keduanya memberitahuku bahwa Al-Haraji memberitahu-nya, katanya telah memberitahuku Al-Mahbubi, telah memberitahuku At-Termidzi, telah berbicara kepadaku Mahmud bin Ghailan, telah memberitahuku Abu Daud Al-Hafri, daripada Sufyan, daripada Abdul Rahman bin Ziyad Al-lfriqi, daripada Abdullah bin Yazid, daripada Ibnu Umar r.a. katanya; telah berkata Rasulullah s.a.w.:
Akan datang kepada ummatku, sebagaimana yang datang kepada kaum Bani Israel, persis seperti sepasang kasut, sehingga ada di antara mereka yang mendatangi ibunya sendiri (berzina) terang-terangan, begitu pula yang akan berlaku pada ummatku. Dan bahwasanya kaum Bani Israel telah berpecah-belah kepada tujuh puluh dua cabang (ideologi), dan ummatku akan terpecah-belah kepada tujuh puluh tiga cabang, semua mereka berada di dalam neraka, kecuali satu cabang saja!
Para sahabat bertanya:
Siapa dia cabang yang terselamat itu, hari Rasulullah?
Jawab beliau:
Cabang yang aku berdiri di atasnya bcrsama para sahabatku! –
Berkata Termidzi: Hadis ini bagus dan aneh, tiada dikenal kecuali dengan wajah ini saja.
Dan telah meriwayatkan Abu Daud di dalam Sunannya. daripada bicara Mu’awiyah bin Abu Sufyan, bahwasanya dia pernah berpidato, katanya: Ingatlah bahwa Rasulullah s.a.w. pernah berpidato kepada kita, kata beliau:
Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kaum sebelum kamu daripada ahli kitab telah terpecah-belah kepada tujuh puluh dua cabang, dan bahwasanya ummat ini akan berpecah-belah pula kepada tujuh puluh tiga, tujuh puluh dua daripadanya akan menduduki neraka, dan hanya satu saja yang akan menduduki syurga, iaitu mereka yang mengikuti jamaah.
Dan bahwasanya akan muncul dari ummatku beberapa kaum yang diumbang-ambingkan oleh hawa nafsu, sebagaimana saekor anjing yang diumbang-ambingkan oleh tuannya.
Telah memberitahuku Abul Barakat bin Ali Al-Bazzar, telah memberitahuku Ahmad bin Ali Ath-Tharitsitsi, telah memberitahuku Hibatullah bin Al-Husain Al-Hafiz, telah memberitahuku Muhammad bin Al-Husain Al-Farisi, telah memberitahuku Yusuf bin Ya’kub bin Ishak, telah memberitahuku Al-Alaa’ bin Salim, telah memberitahuku Abu Mu’awiyah, telah memberitahuku Al-A’masy bin Malik bin Al-Haris, daripada Umarah, daripada Abdul Rahman bin Yazid, daripada Abdullah, katanya:
Berdikit-dikit dalam Sunnah adalah lebih utama daripada berluas-luas dalam bid’ah.
Telah memberitahuku Abdul Wahhab bin Al-Mubarak, telah memberitahuku Ahmad bin Said, telah memberitahuku Ibnul Mubarak, daripada Ar-Rabik, daripada Abul Aliyah, daripada Ubai bin Ka’ab, katanya:
Jagalah jalan lurus dan Sunnah, kerana sesungguhnya tiada seorang hamba yang berdiri di atas jalan lurus dan Sunnah, mengingati Tuhan Pemurah, lalu mengalir air matanya kerana takut kepada Allah, akan disentuh api neraka. Dan sesungguhnya berdikit-dikit dalam jalan lurus dan Sunnah adalah lebih utama daripada berluas-luas dalam perkhilapan.
Telah memberitahuku Sa’dullah bin Ali, telah memberitahuku Ath-Tharitsitsi, telah memberitahuku Hibatullah bin Al-Husain, telah memberitahuku Abdul Wahid bin Abdul Aziz, telah memberitahuku Muhammad bin Ahmad Asy-Syarqi, telah membentahuku Usnian bin Ayyub, telah memberitahuku Ishak bin Ibrahim Al-Mirwazi, katanya telah memberitahuku Abu Ishak Al-Qarak, katanya aku telah mendengar Al-Hasan bin Abu Ja’far menyebut daripada Abus- Shahbaa’, daripada Said bin Jubair r.a. daripada Ibnu Abbas r.a. katanya:
Melihat kepada seorang lelaki daripada Ahli Sunnah yang mengajak kepada Sunnah dan mencegah daripada bid’ah adalah umpama ibadat.
Telah memberitahuku Muhammad bin Abul Kasim, katanya telah memberitahuku Ahmad bin Ahmad, telah memberitahuku Abu Nu’aim Al-Isbahani, telah berbicara kepadaku Muhammad bin Ahmad bin Al-Hasan, telah berbicara kepadaku Bisyr bin Musa, telah berbicara kepadaku Al-Humaidi, katanya telah memberitahuku Sufyan bin Uyainah, katanya: Aku mendengar Ashim Al-Ahwal membicarakan daripada Abul Aliyah, katanya:
Jagalah perintah yang pertama yang sebelum mereka itu (kaum Muslimin) berpecah-belah.
Berkata pula Ashim: Maka aku pun menyampaikan berita itu kepada Al-Hasan (untuk mendengar komentarnya), lalu Al-Hasan berkata:
Demi Allah, dia telah benar dalam kata-katanya itu.
Telah memberitahuku Muhammad bin Abdul Baqi, telah memberitahuku Ahmad bin Ahmad, katanya telah memberitahuku Ahmad bin Abdullah Al-Hafiz, telah memberitahuku Muhammad bin Ahmad bin Al-Hasan, telah memberitahuku Bisyr bin Musa, telah memberitahuku Mu’awiyah bin Amru, telah memberitakuku Abu Ishak Al-Fizari, katanya telah berkata Al-Auza’i:
Kekalkanlah dirimu atas Sunnah dengan penuh kesabaran, dan dirikanlah kakimu di mana orang ramai berdiri, dan katakanlah seperti apa yang mereka katakan, serta tahanlah dari mengucapkan apa yang tiada mereka ucapkan! Kemudian tujulah jalan yang dilalui oleh salaf kamu yang salih, kelak akan memuaskanmu apa yang telah memuaskan mereka.
Telah memberitahuku Muhammad bin Abdullah bin Aslam, telah memberitahuku Muhammad bin Manshur Al-Harawi, telah berbicara kepadaku Abdullah bin Urwah, katanya aku telah mendengar Yusuf bin Musa Al-Qaththan membicarakan daripada Al-Auza’i, katanya:
Aku telah bermimpikan Tuhan yang Maha Mulia, yang mengatakan kepadaku:
Hai Abdul Rahman! Engkau yang menyuruh berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran?
Jawabku: Dengan kurniaMu, aku dapat lakukan itu, hai Tuhanku!
Kemudian aku sambung lagi: Hai Tuhanku! Matikanlah aku dalam Islam!
Berkata Tuhan: Bahkan di atas Sunnah!
Telah memberitahuku Muhammad bin Abul Qasim, telah memberitahuku Ahmad bin Ahmad, telah memberitahuku Ahmad bin Abdullah Al-Hafiz, telah memberitahuku Ibrahim bin Abu Abdullah, telah berbicara kepadaku Muhammad bin Ishak, katanya aku telah mendengar Abu Hamman As-Sukuni berkata; telah berbicara kepadaku Ubay, bahwa dia telah mendengar Sufyan berkata:
Tidak akan diterima ucapan kecuali dengan amal, dan tidak akan lurus ucapan dan amal kecuali dengan niat, dan tidak akan lurus ucapan, amal dan niat, kecuali dengan menetapi Sunnah.
Telah memberitahuku Muhammad, telah memberitahuku Ahmad, telah memberitahuku Abu Nu’aim, telah memberitahuku Muhammad bin Ali, telah berbicara kepadaku Amru bin Abdawih, telah berbicara kepadaku Ahmad bin Ishak, telah berbicara kepadaku Abdul Rahman bin Affan, katanya telah berbicara kepadaku Yusuf bin Asbath, katanya telah berkata Sufyan:
Hai Yusuf! Jika sampai berita kepadamu dari hal orang yang di timur, bahwa dia itu ahli Sunnah, maka utuslah kepadanya dengan salam! Dan jika sampai berita kepadamu dari hal orang yang di barat, bahwa dia itu ahli Sunnah, maka utuslah kepadanya dengan salam, sebab telah berkurangan sekali sekarang ahli Sunnah dan Jamaah.
Telah memberitahuku Sa’dullah bin Ali, telah memberitahuku Ahmad bin Ali Ath-Tharitsitsi, telah memberitahuku Hibatullah bin Al-Husain Ath-Thabari, telah memberitahuku Muhammad bin Abdul Rahman, telah memberitahuku Al-Baghawi, telah memberitahuku Muhammad bin Ziyad Al-Baladi, telah berbicara kepadaku Abu Umamah, daripada Hammad bin Zaid, telah berkata Ayyub:
Seringkali aku diberitahukan tentang kematian orang dari ahli Sunnah, dan aku merasakan seolah-olah terputus salah satu anggota-ku.
Dan dengan sanad Hadis, berkata Ath-Thabari dan telah memberitahuku Al-Husian bin Ahmad, telah berbicara kepadaku Abdullah Al-Yazdajardi, telah berbicara kepadaku Abdullah bin Wahab, telah berbicara kepadaku Ismail bin Abu Khalid, katanya telah berbicara kepadaku Ayyub bin Suwaid, daripada Abdullah bin Syudzab, daripada Ayyub, katanya:
Sesungguhnya termasuk kebahagiaan orang yang baru Islam dan orang ajam, iaitu diberikan Allah taufiq kepadanya di tangan seorang alim dari ahli Sunnah.
Berkata Ath-Thabari, dan telah memberitahuku Ahmad bin Muhammad bin Hanun, telah berbicara kepadaku Ja’far bin Muhammad bin Nudhair, telah berbicara kepadaku Ahmad bin Muhammad bin Masruq, telah berbicara kepadaku Muhammad bin Harun Abu Nusyaith, telah berbicara kepadaku Abu Umair bin An-Nahhas, telah berbicara kepadaku Dhamrah, daripada Ibnu Syudzab, katanya:
Sesungguhnya termasuk nikmat Allah yang diberikan kepada anak muda yang tekun beribadat, iaitu diper-temankan kepada orang ahli Sunnah yang membimbingnya atas Sunnah itu.
Berkata Ath-Thabari, dan telah memberitahuku Isa bin Ali, telah berbicara kepadaku Al-Baghawi, telah berbicara kepadaku Muhammad bin Harun, telah berbicara kepadaku Said bin Syabib, katanya aku telah mendengar Yusuf bin Asbath berkata:
Ayahku dahulu adalah seorang Qadari, manakala bapa-bapa saudaraku (dari sebelah ibu) adalah Rawafidh, lalu aku telah diselamatkan oleh Sufyan (dari kepercayaan yang salah itu).
Berkata Ath-Thabari, dan telah memberitahuku Ahmad bin Muhammad bin Hafsh, telah memberitahuku Abdullah bin Adiy, telah berbicara kepadaku Ahmad bin Al-Abbas Al-Hasyimi, telah berbicara kepadaku Muhammad bin Abdul A’laa, katanya aku telah mendengar Mu’tamir bin Sulaiman berkata:
Aku datang kepada Ubay sedang aku patah hati. Lalu dia bertanya kepadaku: Kenapa engkau sedih begini? Jawabku: Seorang temanku telah meninggal dunia hari ini. Tanya Ubay pula: Apakah dia mati dalam Sunnah? Jawabku: Benar! Katanya lagi: Patut engkau bersedih kerana ke-pergiannya.
Berkata Ath-Thabari, dan telah memberitahuku Ahmad bin Abdullah, telah memberitahuku Muhammad bin Al-Husain, telah berbicara kepadaku Ahmad bin Zuhair, telah berbicara kepadaku Ya’kub bin Ka’ab, telah berbicara kepadaku Abdah, telah berbicara kepadaku Abdullah bin Al-Mubarak, daripada Sufyan Ats-Tsauri, katanya:
Aku berpesan kepada kamu dengan ahli Sunnah itu dengan segala yang baik, kerana sesungguhnya mereka itu adalah asing (dalam negeri sendiri).
Telah memberitahuku Abu Manshur bin Hairun, telah memberitahuku Ismail bin Abul Fadhl Al-Ismaili, telah memberitahuku Hamzah bin Yusuf As-Sahmi, telah memberitahuku Abdullah bin Ali Al-Hafiz, telah memberitahuku Abu Awanah, telah berbicara kepadaku Ja’far bin Abdul Wahid, katanya telah berkata kepada kita Ibnu Abu Bakar bin Aiyasy:
Umpama Sunnah di dalam Islam itu adalah lebih utama daripada Islam di kacamata semua agama.
Aku telah mendengar Abu Abdullah Al-Husain bin Ali Al-Muqri, katanya aku telah mendengar Abu Muhammad Abdullah bin Atha’ berkata, aku telah mendengar Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah Al-Iskandarani bcrkata, bahwa aku telah mendengar Abu Manshur Muhammad Al-Azdi berkata, bahwa aku mendengar Abul Abbas Ahmad bin Muhammad bin Firasyah berkata, bahwa aku mendengar Ahmad bin Manshur berkata, bahwa aku mendengar Al-Hasan bin Muhammad Ath-Thabari berkata, bahwa aku mendengar Muhammad bin Al-Mughirah berkata, bahwa aku mendengar Yunus bin Abdul A’laa berkata, bahwa aku mendengar Imam Syafi’i berkata”.
Apabila aku melihat seorang dari ahli Hadis, seolah-olah aku telah melihat seorang dari para sahabat Nabi s.a.w.
Telah memberitahuku Muhammad bin Abul Qasim, telah memberitahuku Ahmad Abu Nu’aim, telah memberitahuku Ja’far Al-Khuldi di dalam Kitabnya, katanya aku telah mendengar Al-Junaid berkata:
Semua jalan-jalan kini telah tertutup di hadapan khalayak ramai, kecuali jalan orang yang menjejak langkah Rasulullah s.a.w., jalan mengikuti Sunnahnya serta melazimkan diri atas petunjuknya, sebab semua jalan-jalan kebajikan nanti akan terbuka di hadapan matanya.
Telah memberitahuku Umar bin Zhafar, telah memberitahuku Ja’far bin Muhammad, telah memberitahuku Abdul Aziz bin Ali Al-Azji, telah memberitahuku Ali bin Abdullah bin Jahdham, telah memberitahuku Muhammad bin Haaban, katanya aku mendengar Hamid bin Ibrahim berkata, telah berkata Al-Junaid bin Muhammad:
Jalan menuju kepada Allah azzawajalla tertutup di mata orang ramai, kecuali kepada orang yang mengikuti jejak langkah Rasulullah s.a.w. dan para pengikutnya yang berdiri atas Sunnahnya, sesuai dengan firman Allah ta’ala:
“Sesungguhnya dalam diri Rasulullah itu terdapat contoh tauladan yang baik” Al-Ahzab: 21
Bab 2
Perihal Kecelaan Bid’ah Dan Ahli Bid’ah
Telah memberitahuku Abul Qasim Hibatullah bin Muhammad bin Al-Hushain As-Syaibani, katanya telah memberitahuku Abu Ali Al-Hasan bin Ali bin Al-Mudzahhab, telah memberitahuku Abu Bakar Ahmad bin Hamdan, telah memberitahuku Abu Abdullah bin Hanbal, katanya telah memberitahuku Ubay, telah berbicara kepadaku Yazid, daripada Ibrahim bin Sa’ad, telah memberitahuku Ubay dan telah memberitahuku Abu Ghalib Muhammad bin Al-Hasan Al-Mawardi dan Abu Sa’ad Al-Bughdadi, kedua-duanya berkata telah memberitahuku Al-Muthahhar bin Abdul Wahid, telah memberitahuku Ja’far Ahmad bin Muhammad Al-Mirzaban, telah memberitahuku Muhammad bin Ibrahim Al-Haruzi, telah berbicara kepadaku Luwain, telah berbicara kepadaku Ibrahim bin Sa’ad, daripada ayahnya, daripada Al-Qasim bin Muhammad, daripada Aisyah r.a. katanya, telah berkata Rasulullah s.a.w.:
“Sesiapa yang mengada-adakan dalam urusan kami ini yang tidak ada asalnya, maka ia tertolak. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berkata Al-Baghawi, dan telah berbicara kepadaku Abdul A’laa bin Hammad, berbicara kepadaku Abdul Aziz, daripada Abdul Wahid bin Abu Aun, daripada Sa’ad bin Ibrahim, daripada Al-Qasim, daripada Aisyah r.a. bahwa Nabi s.a.w. telah bersabda:
“Sesiapa yang membuat suatu perkara yang tiada pertalian dengan urusan kami, maka ia tertolak. ” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Telah memberitahuku Hibatullah bin Muhammad, memberitahuku Al-Hasan bin Ali, memberitahuku Abu Bakar bin Malik, berbicara kepadaku Abdullah bin Ahmad, berbicara kepadaku Ubay, berbicara kepadaku Husyaim, daripada Hushain bin Abdul Rahman dan Mughirah Adh-Dhabbi, daripada Mujahid, daripada Abdullah bin Umar, daripada Nabi s.a.w. sabdanya:
“Sesiapa yang tidak sukakan Sunnahku, maka bukanlah dia dari golonganku. (Riwayat Bukhari)
Telah memberitahuku Ibnul Hushain, memberitahuku Ibnul Mudzahhab, memberitahuku Ahmad bin Ja’far, memberitahuku Abdullah bin Ahmad, berbicara kepadaku Ubay, berbicara kepadaku Al-Walid bin Muslim, berbicara kepadaku Tsaur bin Yazid, berbicara kepadaku Khalid bin Ma’daan, berbicara kepadaku Abdul Rahman bin Amru As-Sulami dan Hajar bin Hajar, kedua-dua mereka berkata: Kami telah mendatangi Al-Irbadh bin Sariyah, dan dia di antara orang-orang yang dituruni wahyu berikut:
“Dan tidak (pula) terhadap mereka yang apabila mereka datang kepadamu meminta engkau supaya mengangkat (mereka pergi berperang), lain engkau mengatakan: Aku tidak punya apa-apa utituk mengangkat kamu kepadanya… “ (At-Taubah: 92)
Lalu kami memberi salam kepadanya seraya mengatakan, bahwa kami telah mendatangimu untuk berziarah dan mengharapkan sesuatu daripadamu.
Maka berkata Al-Irbadh:
Sekali peristiwa telah bershalat Rasulullah s.a.w. shalat Subuh, kemudian setelah selesai beliau pun menghadapkan wajahnya kepada kami seraya menasihati kami dengan suatu nasihat yang berkesan, sehingga semua orang menggenang air mata dan hati kami juga merasa takut dan bimbang.
Kemudian bengunlah seorang di antara kami berkata:
Hai Rasulullah! Seolah-olahnya pidato ini pidato selamat tinggal, maka apa yang engkau hendak berpesan kepada kami?!
Maka beliau menyambung, katanya:
Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah, dan dengar serta taat kepada pemerintah kamu meskipun dia seorang hamba habsyi, kerana sesungguhnya sesiapa yang akan hidup sesudahku akan menemui percanggahan yang banyak. Sebab itu tetaplah kamu pada Sunnahku dan perjalanan para Khalifah yang benar lagi mendapat petunjuk yang datang sesudahku, berpegang kuatlah kepada perintah mereka dan gigitlah (perintah itu) dengan geraham kamu. Dan awas kamu dari hal perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat!
Berkata Termidzi:
Hadis ini adalah baik dan sahih.
Telah memberitahuku Ibnul Hushain, memberitahuku Ibnul Mudzahhab, memberitahuku Abu Bakar bin Malik, berbicara kepadaku Abdullah bin Ahmad, berbicara kepadaku Ubay, berbicara kepadaku Abdullah bin Al-Walid, berbicara kepadaku Sufyan, daripada Al-A’masy, daripada Abu Wa’il dan daripada Ibnu Mas’ud, katanya telah berkata Rasulullah s.a.w.:
“Aku menunggu kamu di perigi Haudh, dan akan terpisah daripadaku setengah kaumku, lalu aku berkata: Ya Tuhanku! Para sahabatku?
Maka dijawab oleh Tuhan:
Sesungguhnya engkau tiada tahu apa yang sudah mereka lakukan sesudahmu!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Telah memberitahuku Muhammad bin Abul Qasim, memberitahuku Ahmad bin Muhammad, memberitahuku Abu Nu’aim, berbicara kepadaku Ahmad bin Ishak, berbicara kepadaku Abdullah bin Sulaiman, berbicara kepadaku Muhammad bin Yahya, berbicara kepadaku Muhammad bin Katsir, daripada Al-Auza’i, daripada Yahya bin Abu Amru As-Syaibani, daripada Abdullah bin Muhriz, katanya:
Akan hilang lenyap dari agama ini hal demi hal, sebagaimana hilang kekuatan tali satu demi satu.
Telah memberitahuku Ismail bin Ahmad, memberitahuku Umar bin Abdullah Al-Baqqal, memberitahuku Abul Husain bin Bisyran, berbicara kepadaku Usman bin Ahmad Ad-Daqqaq, berbicara kepadaku Hanbal, katanya telah berbicara kepadaku Abu Abdullah, yakni Ahmad bin Hanbal, berbicara kepadaku Abdul Razzak, berbicara kepadaku Ma’mar, katanya:
Sekali peristiwa Thawus sedang duduk bersama anaknya, lalu datang seorang lelaki dari kaum Mu’tazilah dan mula berbicara dalam sesuatu hal, maka Thawus pun meletakkan kedua anak jarinya ke pintu telinganya, seraya berkata pula kepada anaknya:
Hai anakku! Tutupkan telingamu itu dengan anak jarimu, supaya engkau tidak mendengar dari kata-katanya apa pun, sebab hati kita lemah. Dia terus mengulangi perintah itu kepada anaknya: Tutup telinga! Tutup telinga! sehingga orang itu bangun dan meninggalkan mereka.
Berkata Hanbal, dan berbicara kepadaku Muhammad bin Daud, berbicara kepadaku Isa bin AH Adh-Dhabbi, katanya:
Ada seorang lelaki bersama kami yang selalu datang kepada Ibrahim, dan ternyata pada suatu hari dia mengaku telah berdamping kepada kaum Murji’ah. Kerana itu Ibrahim berkata kepadanya:
Jika engkau pergi dari sini nanti, harap jangan kembali lagi!
Berkata Hanbal lagi, dan telah berbicara kepadaku Muhammad bin Daud Al-Hidaa’i, katanya:
Aku pernah memberitahu Sufyan bin Uyainah: Bahwa orang ini, yakni Ibrahim bin Abu Yahya, selalu berbicara dari hai qadar, maka berkata Sufyan kepadaku:
Beritahu orang ramai dari hai urusannya, dan mohonkanlah Allah keselamatan!
Berkata Hanbal lagi, dan telah berbicara kepadaku Sa’dawaih, telah berbicara kepadaku Salih Al-Mariy, katanya: Sekali peristiwa datang seorang lelaki kepada Ibnu Sirin dan aku berada di situ. Lalu orang itu berbicara dan hai perkara qadar, maka dia telah ditegah oleh Ibnu Sirin dengan katanya:
Sama ada engkau pergi dari sini, ataupun kami akan bangun dan pergi dan sini!
Telah memberitahuku Muhammad bin Nasir dan Muhammad bin Abdul Baqi, kedua mereka berkata telah memberitahuku Ahmad bin Ahmad, memberitahuku Abu Nu’aim Al-Hafiz, berbicara kepadaku Abdullah bin Muhammad bin Ja’far, berbicara kepadaku Abu Bakar bin Rasyid, berbicara kepadaku Ibrahim bin Said bin Amir, danpada Sallam bin Abu Muthik, katanya:
Pernah seorang lelaki dari kaum yang suka ikutkan hawa nafsunya minta izin berkata kepada Ayyub dengan satu kelimat saja.
Jawab Ayyub:
Tidak mahu, walaupun setengah kalimat sekalipun.
Berkata Ibnu Rasyid, dan berbicara kepadaku Abu Said Al-Asyaj, berbicara kepadaku Yahya bin Yaman, daripada Makhlad bin Husain, daripada Hisyam bin Hassaan, daripada Ayyub As-Sakhtiani, katanya:
Tiada bertambah tukang bid’ah itu ijtihadnya, melainkan akan bertambah jauhlah dia daripada Allah ta’ala.
Telah memberitahuku Abul Barakat bin Ali Al-Bazzar, memberitahuku Ath-Tharitsitsi, memberitahuku Hibatullah bin Al-Hushain, memberitahuku Isa bin Ali, memberitahuku Al-Baghawi, memberitahuku Abu Said Al-Asyaj, memberitahuku Yahya bin Al-Yaman, katanya aku telah mendengar Sufyan Ats-Tsauri, katanya:
Bid’ah itu sangat digemari Iblis daripada maksiat itu sendiri, sebab maksiat itu boleh ditinggalkan pelakunya, tetapi bid’ah akan terus dilakukannya.
Telah memberitahuku Ibnu Abil Qasim, memberitahuku Ahmad bin Ahmad, memberitahuku Abu Nu’aim Al-Hafiz, berbicara kepadaku Sulaiman bin Ahmad, berbicara kepadaku Al-Husain bin Ali, berbicara kepadaku Mahmud bin Ghailan, berbicara kepadaku Mu’ammil bin Ismail, katanya:
Telah meninggal dunia Abdul Aziz bin Abu Daud, dan aku turut menghantarkan jenazahnya sehingga diletakkan di pintu Shafa (dari Masjidil-Haram), dan ramailah orang yang datang untuk menyembahyangkan jenazahnya. Tiba-tiba muncul Sufyan Ats-Tsauri di situ, maka orang-orang di situ mengingatkan para hadirin yang di hadapan, bahwa Imam Ats-Tsauri telah datang.
Orang ramai pun memberi jalan kepada Imam Ats-Tsauri yang membolehkan dia menembusi saf-saf orang ramai, sedang orang-orang di situ semuanya melihat kepadanya. Namun begitu Imam Ats-Tsauri terus ke hadapan hingga melewati tempat letak jenazah itu, tetapi dia tidak berhenti untuk menshalatkan jenazah itu, kerana si maiyit itu dikatakan dari golongan kaum Murji’ah.
Telah memberitahuku Al-Mubarak bin Ahmad Al-Anshari, memberitahuku Abdullah bin Ahmad As-Samarqandi, memberitahuku Ahmad bin Tsabit, memberitahuku Ahmad bin Rauh An-Nahrawani, berbicara kepadaku Talhah bin Ahmad As-shufi, berbicara kepadaku Muhammad bin Ahmad bin Abu Mahzul, katanya aku telah mendengar Ahmad bin Abdullah berkata, aku mendengar Syu’aib bin Harb berkata, aku mendengar Sufyan Ats-Tsauri berkata:
Sesiapa yang mendengar dari orang yang suka membuat bid’ah, tidak akan diberikan Allah manfaat apa yang didengarnya, dan siapa yang berjabat tangan dengannya, maka dia telah memutuskan suatu ikatan dari Islam.
Telah memberitahuku Muhammad bin Nasir, memberitahuku Ahmad bin Ahmad, membeirtahuku Ahmad bin Abdullah Al-Ishfihani, berbicara kepadaku Ismail bin Ahmad, memberitahuku Abdullah bin Muhammad, berbicara kepadaku Said Al-Kurburi, katanya:
Sulaiman At-Taimi jatuh sakit, lalu dia menangis dalam sakitnya dengan amat keras sekali. Lalu ia ditanya orang:
Apa yang menycbabkan engkau menangis? Apakah engkau merasa sesal kerana hendak menemui ajalmu?
Jawabnya:
Tidak! Tetapi aku pernah melalui seorang Qadari (orang yang suka menentang qadar Allah), dan aku memberi salam kepadanya, dan kerana itu aku bimbang bahwa Allah akan menghitung atasku kerana yang demikian itu.
Telah memberitahuku Abdul Wahhab bin Al-Mubarak dan Yahya bin Ali, keduanya berkata telah memberitahuku Abu Muhammad Ash-Sharifini, memberitahuku Abu Bakar bin Abdan, memberitahuku Muhammad bin Al-Husain Al-Baa’ik, berbicara kepadaku Ubay, membicara kepadaku Muhammad bin Bakr, katanya aku mendengar Fudhail bin lyadh berkata:
Siapa yang suka duduk dengan orang yang membuat bid’ah, maka jagailah dia!
Telah memberitahuku Ibnu Abdul Baqi, memberitahuku Ahmad bin Ahmad, memberitahuku Abu Nu’aim, berbicara kepadaku Sulaiman bin Ahmad, berbicara kepadaku Muhammad bin An-Nadhr, berbicara kepadaku Abdus-Shamad bin Yazid, katanya aku pernah mendengar Fudhail bin lyadh berkata:
Sesiapa yang mencintai tukang bid’ah, akan disesiakan Allah amalannya, dan akan dikeluar-kan cahaya Islam dari hatinya.
Telah memberitahuku Muhammad bin Abdul Baqi, memberitahuku Ahmad bin Abdullah Al-Hafiz, berbicara kepadaku Muhammad bin Ali, berbicara kepadaku Abdus-Shamad, katanya aku pernah mendengar Fudhail bin lyadh berkata:
Jika engkau lihat tukang bid’ah mengambil satu jalan, maka hendaklah engkau mengambil jalan lain, dan tidak sekali-kali tidak akan diangkat dari tukang bid’ah itu suatu amalan pun kepada Allah azzawajalla. Dan sesiapa yang niembantu tukang bid’ah, maka sebenarnya dia telah membantu untuk merobohkan Islam.
Dan aku pernah mendengar seorang lelaki berkata kepada Fudhail tersebut:
Sesiapa yang mengahwinkan saudara perempuannya kepada orang fasik, maka dia telah memutuskan tali keluarganya.
Lalu Fudhail menyampuk kepadanya:
Sesiapa yang mengahwinkan saudara perempuannya kepada tukang bid’ah, maka dia telah memutuskan tali keluarganya. Dan sesiapa yang duduk bersama-sama dengan tukang bid’ah, niscaya ditahan buatnya kebijaksanaan (hikmah). Dan apabila Allah azzawajalla mengetahui dari seseorang yang dia membenci si tukang bid’ah, maka aku berharap agar Dia akan mengampuni semua keburukan-nya.
Berkata penulis: Dan telah diriwayatkan setengah dari bicara-bicara ini secara marfuk (yakni tergantung kepada Nabi s.a.w.). Dan daripada Siti Aisyah r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
“Siapa yang memuliakan tukang bid’ah, maka samalah seperti dia membantu untuk merobohkan Islam.”
Dan berkata Muhammad bin An-Nadhr Al-Haritsi:
Siapa yang memberikan pendengarannya kepada tukang bid’ah, akan tercabutlah daripadanya kesucian dirinya dan terserahlah semua urusannya kepada dirinya.
Berkata Ibrahim, aku mendengar Abu Ja’far Muhammad bin Abdullah Al-Qabini berkata, aku mendengar Ali bin Isa berkata, aku mendengar Muhammad bin Ishak berkata, aku mendengar Yunus bin Abdul A’laa berkata, telah berkata teman kita, yakni Al-Laits bin Sa’ad:
Kalau aku lihat tukang bid’ah itu sampai dapat berjalan di atas air, tetap aku tidak akan menerimanya.
Berkata Imam Syafi’i:
Kata-kata Al-Laits itu tidak salah, namun kalau aku melihat dia (tukang bid’ah) berjalan di udara sekalipun, tetap aku tidak akan menerimanya.
Daripada Bisyr bin Al-Harits, bahwa dia telah berkata:
Telah di-sampaikan kepadaku kematian orang yang dikenal dengan panggilan Al-Muraisi,sewaktu aku masih berada di pasar, dan kalau tidak kerana tempat itu bukan tempat sujud, niscaya aku telah bersujud di situ kerana syukur kepada Allah ta’ala. Alhamdulillah dia telah mati, dan katakanlah begitu kepada orang-orang yang semacam itu!
Berkata penulis: Telah dibicarakan kepadaku daripada Abu Bakar Al-Khallal, daripada Al-Mirwazi, daripada Muhammad bin Sahel Al-Bukhari, katanya:
Sekali peristiwa kita berada di tempat Al-Qurbani, dan dia membicarakan dari hal ahli bid’ah. Tiba-tiba dia disampuk oleh seorang lelaki yang mengatakan kepadanya:
Kalau engkau membicarakan Hadis kepada kami adalah lebih baik dari semua kata-kata ini.
Al-Qurbani merasa marah seraya berkata kepada orang itu pula:
Pembicaraanku mengenai ahli bid’ah ini adalah lebih aku sukai daripada beribadat enam puluh tahun.
Mencela Bid’ah dan Tukang Bid’ah
Kalau ada orang yang mengatakan:
Bahwa aku sering memuji Sunnah dan mencela bid’ah, maka apakah yang sebenarnya Sunnah itu? Dan apa pula yang disebut bid’ah? Yang nyatanya bahwa setiap orang yang melakukan bid’ah mendakwa membuat Sunnah?
Jawabnya,
Bahwa Sunnah itu menurut istilah bahasa ialah ‘Jalan’. Dan tiada syak lagi, bahwa semua orang yang mengikut dan memilih jalan Rasulullah s.a.w. dan jalan para sahabatnya dikatakan sebagai ‘Ahli Sunnah’, kerana mereka berdiri di atas jalan Rasulullah itu, yang tidak diubah padanya apa pun, tetapi semua perubahan dan bid’ah itu berlaku ialah sesudah zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman para sahabatnya.
Bid’ah itu diibaratkan dengan membuat sesuatu perbuatan yang tidak pernah ada sebelumnya, lalu diada-adakannya. Dan pada kebiasaannya yang dikatakan ‘bid’ah’ itu segala sesuatu yang bertentangan dengan syariat dan melanggar dasar hukumnya, sama ada dengan menokok-nambah di sana sini ataupun menguranginya.
Apabila diada-adakan sesuatu yang tidak bertentangan dengan syariat, dan tidak ada tokok-tambah di mana-mana daripadanya, maka jumhur salaf (kebanyakan para ahli ilmu yang terdahulu) sangat membencinya.
Mereka sering menjauhkan diri daripada semua orang yang melakukan bid’ah itu, meskipun ada kalanya bid’ah itu dari kategori yang ‘harus’ kerana menjaga keaslian syariat, iaitu mengikut jejak perbuatan Nabi s.a.w.
Pernah Zaid bin Tsabit mengatakan kepada Abu Bakar dan Umar radhiallahu-anhuma, tatkala mereka berdua menyuruh Zaid mengumpulkan Al-Quran (dalam sebuah Mushhaf), lalu Zaid menghujjah:
Bagaimana kamu berdua akan membuat sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. sendiri?
Telah memberitahuku Muhammad bin Ali bin Abu Umar, katanya telah memberitahuku Ali bin Al-Husain, memberitahuku Ibnu Syadzaan, memberitahuku Abu Sahel, memberitahuku Ahmad Al-Burni, memberitahuku Abu Hudzaifah, memberitahuku Sufyan, daripada Ibnu Ujlaan, daripada Abdullah bin Abu Salamah, bahwa Sa’ad bin Malik pernah mendengar seorang lelaki mengatakan:
Labbaika Dzal-Ma’arij! yakni ‘Aku menyahutMu, wahai yang mempunyai ketinggian!’ lalu berkata Sa’ad bin Malik: Kita tidak pernah mengatakan begini pada zaman Nabi s.a.w.
Telah memberitahuku Muhammad bin Abul Qasim dengan sanad yang digantungkan kepada Abul Buhturi, katanya:
Seorang lelaki telah memberitahu Abdullah bin Mas’ud r.a. bahwa setengah orang suka duduk di masjid sesudah shalat Maghrib, di antaranya ada seorang yang menyuruh mereka, katanya:
Bertakbirlah kepada Allah sekian dan sekian! Dan bertasbihlah kepada Allah sekian dan sekian! Dan pujilah kepada Allah sekian dan sekian!
Maka Abdullah bin Mas’ud r.a. mengatakan kepada orang yang memberitahuku:
Jika kamu lihat mereka buat begitu, beritahulah aku dan tunjukkanlah tempat mereka berkumpul itu!
Orang itu lalu mengintip kumpulan itu dan duduk bersama-sama mereka, dan apabila mereka mula mengucapkan zikir-zikir itu, dia pun bangun dan mendapatkan Abdullah bin Mas’ud r.a. Maka berdatanganlah Abdullah bin Mas’ud ke tempat itu dan memang sudah terkenal Abdullah ini seorang yang keras sikapnya seperti besi, lalu dia berkata kepada mereka itu:
Aku ini Abdullah bin Mas’ud! Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, kamu sekalian telah membuat bid’ah secara aniaya, dan kamu cuba hendak melebihi sahabat-sahabat Muhammad s.a.w. dalam ilmu!
Lalu menyahut di situ Amru bin Utbah:
Astaghfirullah (aku memohon ampun kepada Allah), bukan maksud kami demikian.
Dia lalu ditambah oleh Abdullah bin Mas’ud:
Hendaklah kamu tetap di atas jalan (Nabi) dan berpegang teguhlah padanya! Dan jika kamu berpaling ke kanan dan ke kiri, nanti kamu akan ditimpa kesesatan yang berat sekali.
Telah memberitahuku Abu Bakar bin Abu Tahir, daripada Abu Muhammad Al-Jauhari, daripada Abu Urnar bin Abu Hayat, ber-bicara kepadaku Ahmad bin Ma’ruf, berbicara kepadaku Al-Husain bin Fahm, berbicara kepadaku Muhammad bin Sa’ad, berbicara kepadaku Muhammad bin Abdullah Al-Anshari, berbicara kepadaku Ibnu Auf, katanya: Pernah kami berada dengan Ibrahim An-Nakha’i, lalu datang seorang lelaki dan berkata:
Wahai bapaknya si Imran! Doakanlah aku kepada Allah supaya menyembuhkan aku! Namun kelihatannya dia tidak suka sikap orang itu, dan kebenciannya itu ketara pada wajahnya.
Pernah Ibrahim An-Nakha’i berbicara mengenai Sunnah serta menganjurkan orang ramai supaya berpegang teguh kepadanya, serta menyebut pula perkara-perkara baru yang diada-adakan oleh orang ramai yang mana ia sangat membencinya. Kemudian pada majlis itu dia berkata: Telah memberitahuku Muhammad bin Nasir dan Muhammad bin Abdul Baqi, memberitahuku Ahmad, memberitahu-ku Abu Nu’aim, katanya aku mendengar Muhammad bin Ibrahim, katanya aku mendengar Muhammad bin Raiyan, katanya aku mendengar Dzun-Nun yang telah didatangi para murid ahli Hadis, lalu menanyakan Dzin-Nun dari hal lintasan hati dan was-was, maka Dzun-Nun menjawab:
Aku tidak suka berbicara scsuatu dari hal-hal semacam ini, kerana semua itu adalah perkara-perkara baru yang diada-adakan. Tanyalah aku sesuatu dari hal scmbahyang, atau Hadis-hadis yang mengenainya!
Berkata Muhammad bin Raiyan lagi: Pernah suatu kali Dzun-Nun melihat aku memakai kasut (khuf) merah, lalu dia berkata:
Tanggalkanlah kasut ini, wahai anakku! Dia menunjukkan kebanggaan, yang tidak pernah dipakai oleh Rasulullah s.a.w. tetapi yang dipakai beliau ialah kasut hitam yang sudah lusuh.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar