Laman

Selasa, 28 September 2010

Martabat Tujuh

Martabat Tujuh adalah satu perbincangan mengenai asal usul mulakejadian alam semesta ini. Ilmu ini termasuk dalam bidang iktiqadTasawuf Falsafah Wahdatul Wujud.

Penjelasan maksudnya ialah bahawa Allah Yang Maha Esa Mentajalli (menampak) alam semesta daripada Dzatnya sendiri.



Pertama: Ahadiyah iaituMartabat zat qadim, azali, abadi, martabat La Taayun ertinya martabattidak nyata. Ahadiyah iaitu seperti menilik cermin, wahdah seperticermin, wahdiyah seperti rupa dalam cermin, martabat La Taayun belumnyata Tuhan dengan hamba.


Kedua: Wahidiyah – MartabatAliah Wahdah Qadim, azali, abadi, roh Qudsi yakni nyawa Muhammad,martabat Taayun Awwal iaitu nyata yang pertama, kelakuan dzat: Syuun,Martabat Muhammad. Ertinya nyawa Muhammad pada pihak pengetahuan Allah.


Ketiga: Wahdiyah, MartabatTaayun thani, nyata yang kedua iaitu Roh Adam dan Aayanthabitah namanyaiaitu Kenyataannya telah ada bagi ilmu Allah bagi zat dan bagi sekalianyang maujud iaitu jalan tafsil. Tajalli hak Allah kepada martabat inidengan nama Ar-Rahman bersifat pemurah.


Keempat: Alam Arwah iaitualam segala nyawa dan alam roh aayan kharijah ertinya kenyataan yangsudah terbit daripada ilmuNya dan roh itu daripada kehendak Allah Taalayang dibangsakan keadaannya dengan martabat terbit daripada suruhanTuhan kita dengan berantara sesuatu daripada pergantung.


Kelima: Alam Mithal ialahkalbu sanubari bererti tempat hati. Inilah alam segala rupa namanyaaiaitu daripada kehendak Allah Taala yang rapat terus daripada segalasuku yang halus dan tiada menerima suku ertinya tiadalah menerima akantegahan dan tiadalah menerima berciri-ciri setengahnya daripadasetengahnya dan tiadalah menerima akan tebusan dan tiada menerima zakatkerana halus.


Keenam: Alam Ajsam ialahalam syahadah, alam yang dipandang, alam segala martabat yang terusdaripada anasir empat, air, tanah, udara dan api dan yang tersebutdaripada itu lima perkara iaitu segala batu, tumbuhan, binatang dansegala jin yang tersusun dari segala unsur, nyata Allah taala itudengan zahir dan Muhammad namanya Mazhar.

Ketujuh: Alam Insan disebutInsan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya martabat yang dihimpunkan segalamartabat ini. (Bandingkan dengan buku dari Abdul Fatah Ajaran Sesat1994 h. 20 – 25).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar